Thursday, 13 December 2012


ANAK NORA DANISH YANG KIAN MEMBESAR

Diam tak diam sudah 3 tahun usia anak Nora Danish.. Makin comel, kalau sekali pandang sudah macam anak orang jepun pun ada dan ia diakui Nora Danish sendiri.

“My love, my life, my food, my sleep, my my everything,”

Itulah kata-kata Nora Danish untuk anaknya itu.. Nama anak Nora danish ni kalau tak silap, Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram.




RAYQAL, ANAK NORA DANISH SEMAKIN COMEL SEPERTI EMAKNYA















Cerekarama TV3 yang dilakonkan Nora Danish memang terbaik

 Sinopsis "Dibawah Langitmu"




Jom baca sinopsis cerita ini..

Para pelakon :
Nora Danish sebagai Annur
Sharnaz Ahmad sebagai Osman
Liza Abdullah sebagai Ibu Annur
Nad Zainal sebagai Lela
Rosnah Johari sebagai Ibu Osman
Ako Musthapa sebagai Farid





Annur, seorang gadis yang lembut, sopan santun dan cantik. Di gilai oleh semua lelaki di kampungnya. Osman tidak terkecuali. Osman seorang lelaki yang panas baran, kaki pukul dan tiada pekerjaan yang tetap. Namun begitu dia mencintai Annur. Annur pula menganggap Osman hanya sebagai seorang abang kerana mereka sudah lama menjalin hubungan sebagai adik dan abang angkat.

Osman pernah masuk meminang Annur tetapi pinangannya di tolak oleh ibu dan ayah Annur memandangkan Osman bukanlah seorang lelaki yang sesuai untuk Annur dari pandangan mata mereka. Sikap Osman yang panas baran di tambah dengan pekerjaan Osman yang tidak menentu. Osman tidak berputus asa. 2 kali pinangannya ditolak tetapi Osman masih menaruh harapan. Ibunya sudah tidak sanggup untuk menunaikan hajat Osman lagi kerana malu dengan keluarga Annur. Mentelah Annur sudah bertunang dengan lelaki pilihan keluarganya. Farid, seorang kerani bank.

Osman merasakan Annur di paksa oleh ibu dan ayahnya untuk mengahwini Farid, justeru itu dia nekad untuk masuk meminang Annur sekali lagi. Kali ini dia pergi seorang diri memandangkan ibunya tidak mahu lagi meminang Annur untuk dirinya. Ibu dan ayah Annur terkejut dengan tindakan Osman itu. Annur menerangkan perasaannya pada Osman. Dia mencintai tunangannya, Farid dan menggangap Osman hanya sebagai abangnya sahaja.

Yazid berdendam dengan Osman. Dia marah kerana Osman membuat laporan polis sewaktu dirinya mengintai dan mengambil gambar adik Osman, Lela di rumahnya. Jadi, dia memasang perangkap untuk mengenakan Osman. Yazid mencuri motosikal Osman dan diletakkan di tepi jalan. Annur yang kebetulan melalui jalan itu terkejut melihat motosikal Osman di tepi jalan dalam keadaan terbaring. Annur masuk ke dalam kebun pisang untuk melihat keadaan Osman. Sedang dia tercari-cari kelibat Osman, tiba-tiba dirinya diheret ke dalam semak samun. Annur meronta-ronta ingin melepaskan diri tetapi pelakunya iaitu Yazid lebih kuat dari dirinya. Yazid menampar Annur hingga pengsan. Dan di ketika itulah, Osman datang dan menyelamatkan Annur. Osman sempat menumbuk Yazid sebelum Yazid melarikan diri. Orang kampung mulai berkumpul di tempat motosikal Osman dan basikal Annur. Yazid yang tiba di situ telah memberitahu orang kampung ada orang berasmara di dalam semak samun itu. Orang kampung mulai menuduh Osman dan Annur melakukan perbuatan terlarang di bulan ramadhan.

Ayah Annur sangat marah dan bertindak menampar Annur. Osman cuba membela diri tetapi tidak diendahkan oleh ayah Annur dan orang kampung. Farid jugak tidak mempercayai kata-kata tunangnya, Annur. Farid menuduh Annur perempuan murahan. Ekoran dari kejadian itu, keluarga Farid bertindak memutuskan pertunangan Farid dan Annur.

Ayah Annur memaksa Osman bertanggungjawab ke atas Annur. Dia mahu Osman mengahwini Annur dan Osman yang sememangnya mencintai Annur bersetuju dengan permintaan ayah Annur itu.

Kebenaran terserlah. Yazid mengaku yang dia mengenakan Osman kerana dendamnya. Farid mulai sedar ketelanjuran diri. Dia meminta ibu dan ayahnya untuk memujuk ibu dan ayah Annur supaya pertunangan mereka di sambung kembali. Tetapi ibu Annur terasa hati dengan kata-kata ayah Farid dahulu. Dia memulangkan paku buah keras semula kepada ayah Farid. Ayah Annur yang mahukan perhubungan antara Farid dan Annur kembali terjalin tidak dapat berbuat apa-apa kerana di halang oleh isterinya. Ibu dan ayah Annur bertanya kepada Annur siapakah pilihannya. Adakah tetap memilih Osman ataupun kembali kepada Farid. Annur meminta ayahnya berjumpa Osman untuk meminta kebenaran untuknya kembali kepada Farid. Jikalau Osman membenarkan barulah Annur akan berkahwin dengan Farid tetapi jikalau ayahnya meminta Osman membatalkan perkahwinan mereka, Annur tidak akan berkahwin seumur hidupnya. Ayahnya terkelu dengan permintaan Annur itu.

Annur berjumpa dengan Osman. Osman dengan rela hati melepaskan Annur pergi kepada Farid. Dia memberitahu Annur yang dia amat sayangkan Annur dan mahu melihat Annur bahagia walaupun dia terpaksa melepaskan Annur kepada orang lain. Annur terharu dengan keikhlasan Osman itu. Akhirnya, Annur memilih untuk hidup bersama Osman. Dia yakin Osman dapat membahagiakan dirinya. Walaupun tiada cinta untuk Osman, Annur yakin cinta itu akan datang dengan sendirinya nanti.

Mereka di satukan dalam ikatan perkahwinan yang sah. Osman membawa Annur berpindah ke rumah sewanya yang terletak tidak berapa jauh dari rumah ibu dan ayah Annur. Kehidupan mereka amat bahagia. Annur di sahkan mengandung. Osman dan Annur bersyukur dan tidak sabar menunggu kelahiran anak mereka. Osman mendapat seorang pelabur untuk memulakan perniagaannya. Tetapi bila diberitahu nama kawannya, Khalid kepada ayah Annur, ayah Annur menasihatkan supaya Osman berhati-hati kerana setahunya Khalid itu seorang kaki penipu. Osman tidak mempercayai kata-kata ayah mertuanya kerana dia sudah lama mengenali Khalid.

Rupanya sangkaan ayah mertuanya betul. Khalid memang kaki penipu. Dia mengambil duit Osman dan menghilangkan diri. Silapnya Osman tidak membuat sebarang surat perjanjian dan Khalid mengambil kesempatan di atas kesilapannya itu. Osman berjumpa dengan Khalid untuk meminta kembali wangnya tetapi Khalid tidak mengendahkannya. Malah Osman telah di belasah oleh orang-orang Khalid yang merupakan samseng itu. Annur mahu Osman melaporkan hal itu kepada pihak polis tetapi Osman tidak mahu kerana dia takut Khalid mengapa-apakan Annur dan anak dalam kandungan Annur itu.

Sikap Osman mulai berubah. Tekanan yang dihadapinya memaksa dirinya menjadi ganas dan panas barannya memuncak. Annur menjadi mangsanya. Hanya kerana Annur meminjam wang dari ayahnya untuk membeli barangan dapur yang kehabisan, Annur di tampar hingga berkesan tapak tangan Osman di mukanya. Setelah melihat keadaan Annur, Osman meminta Annur memaafkan dirinya. Dia merayu-rayu umpama anak kecil dan Annur belas melihat Osman begitu. Tetapi itu hanya sementara sahaja. Annur tetap di belasah sehingga lebam-lebam seluruh anggota badannya. Annur hanya mampu berserah dan berdoa kepada ALLAH supaya Osman berubah dan kembali menyayanginya.

Kedatangan ibu mertua serta adik iparnya memecahkan tembelang Osman. Rumahtangga yang dahulunya bahagia kini ibarat neraka. Namun begitu Annur tetap menyayangi Osman. Dia meminta ibu mertua serta adik iparnya, Lela tidak memberitahu perkara tersebut kepada kedua orang tuanya. Ibu dan ayah Annur mulai mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila sudah lama Annur tidak menziarahi mereka. Namun ayah Annur menenangkan ibunya.

Pada pagi hari raya, Annur dan Osman datang ke rumah ibu dan ayah Annur. Semasa bersalaman itu, ibu Annur tidak tertahan mencurah rindunya dengan memeluk Annur tetapi Annur mengelak kerana kesakitan seluruh tubuhnya. Ayah dan ibunya mulai mengesyaki sesuatu. Ayah Annur mahu memeriksa tubuh Annur tetapi dihalang oleh Osman. Annur juga tidak mahu ibu dan ayahnya tahu rahsia yang di simpan selama ini. Osman mulai bertindak ganas apabila ibu dan ayah Annur mendesak Annur menceritakan perkara sebenar. Osman mengheret Annur dan terjadilah adegan tarik menarik antara ibu dan ayah Annur dengan Osman. Annur terseret dan terjatuh. Dia  mengerang kesakitan. Darah mulai keluar dan dia di bawa ke hospital.

Di hospital, ayahnya masih tidak puas hati dengan Osman. Ibu dan adik Osman memberitahu yang mereka tahu kejadian tersebut tetapi berdiam diri kerana kemahuan Annur. Berang ibu Annur mendengar kata-kata besannya itu. Annur selamat melahirkan seorang anak lelaki. Osman tidak datang melihat Annur. Dia berkurung diri di dalam rumahnya. Dia mencintai Annur dan mahukan yang terbaik untuk Annur tetapi dia tidak mampu berbuat demikian. Dia mulai mencari kesalahan orang lain dan kali ini dia mahu membuat perhitungan dengan Khalid. Baginya, Khalidlah punca dia keadaannya jadi begitu.

Osman membunuh Khalid dengan menggunakan penukul. Dia pulang ke rumah ibunya dengan keadaan diri berlumuran darah. Osman memohon maaf kepada ibunya. Pada adiknya, dia berpesan agar menjaga ibunya baik-baik. Di ketika itu, pihak polis datang ke rumahnya. Osman melarikan diri. Dia menuju ke rumah Annur.

Di rumah Annur, dia menyerang ayah Annur. Dia tidak sukakan ayah Annur itu.Ibu Annur bertindak meleraikan pergelutan di antara Osman dengan suaminya itu tetapi Osman menolak ibu Annur dan kepala ibu Annur terkena tiang dan berdarah, lalu ibunya rebah tidak sedarkan diri. Annur melihat ibunya rebah dan berlumuran darah. Dia pula cuba meleraikan Osman dan ayahnya tetapi tidak diendahkan oleh Osman. Annur mengambil senapang ayahnya dan mengugut Osman supaya melepaskan ayahnya tetapi Osman tidak memperdulikannya. Annur tidak ada cara lain selain melepaskan tembakan dan tembakan itu tepat mengenai perut Osman. Osman terpelanting akibat tembakan itu dan mati. Annur terduduk dan menangisi takdir yang menimpa dirinya.

p/s Cerita yang mantap dari segi lakonan dan jalan ceritanya .... banyak pengajaran dalam cerita ini ... kesian tengok Annur ... mangsa kekejaman rumahtangga ... memang Osman tu tertekan .. takkan la nak lepaskan pada isteri pulak ... tapi tu la ... si Osman tu memang la panas baran orangnya ... tapi tak sangka pulak endingnya macam tu ... sampai kena tembak dengan isteri sendiri ... sudah tak tahu bagaimana nak buat pada Osman tu ... mati saja sesuai dengan orang macam tu .. apa pun memang terbaikk la cerita ni... sukeee Nora Danish ... hehe 



NORA DANISH MEMBAWAKAN WATAK YANG BERBEZA DARIPADA SEBELUM INI DALAM DRAMA "TENTANG DHIA" IAITU SEORANG PEREMPUAN YANG BERHIJAB


JOM BACA SINOPSIS "TENTANG DHIA"






Tentang Dhia mengenai sebuah kisah cinta menggamit emosi dan penuh dramatik terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd hasil nukilan dan arahan Azlina Pa’wan dan dijayakan oleh barisan pelakon hebat seperti Nora Danish, Adi Putra, Ako Mustapha, Irfan Roslan, Tasha Shilla, Izreen Azminda dan Puteri Sarah.


Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang mengganggap dirinya lebih anggun dan sesuai.





Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang yang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai seorang kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, seorang jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan.






Namun, hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan untuk redha dengan apa yang berlaku.

Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia di dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya.

Tetapi, ‘jerat’ yang dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi dan Melly ditangkap basah oleh penduduk kampung dan ditahan di lokap balai polis. Sejurus mengetahui tentang berita ini, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.




Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap akan berlangsung seperti yang dirancang.

Walaubagaimanapun, majlis mereka diserang oleh keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi.

Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab di atas perbuatannya sehingga Melly didapati mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata.




“Bagaikan pelangi selepas hujan”, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur.

Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati oleh Rose (Tasha Shilla) yang juga salah seorang pekerja di firma milik beliau.





Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat.

Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani oleh isteri arwah Fendi, Suraya.

Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung tersebut, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia.












Wednesday, 12 December 2012

SITKOM PUTERI ADALAH SIRI DRAMA YANG MENAIKKAN NAMA NORA DANISH 






Puteri ialah sebuah siri sitkom yang diterbitkan oleh Ace Motion Pictures. Siri arahan Aziz M. Osman ini disiarkan di TV3 setiap hari Rabu jam 10:00 malam. Siri televisyen ini berasaskan filem Puteri Impian dan Puteri Impian yang juga arahan Aziz.

Sitkom puteri mengisahkan tentang tiga wanita muda sekawan menyewa bilik dalam sebuah rumah sepasangan orang berada. Kehidupan mereka berlima penuh diwarnai dengan keceriaan dan kejutan, namun mereka bersama-sama menghadapi situasi dan cabaran yang paling ketat bagaikan tidak pernah dialami.







WATAK UTAMA




Nora Danish


Beego


Intan Ladyana


Kenchana Devi



A.R. Badul


Louisa Chong


  • Puteri Farah bt Nordin (Nora Danish) — Watak utama dan yang "paling jelita" dalam siri ini. Sungguhpun kelihatan lebih senyap dan lemah lembut berbanding watak-watak lain, namun dia juga ada pendirian tersendiri. Dia sering terjebak di tengah masalah mereka dan sentiasa mencari jalan penyelesaian. Puteri sering cuba memastikan jalinan erat dengan Roslan. Pada musim-musim terawal dia pernah bekerja di sebuah kilang; kini dia bekerja di kedai Dunkin' Donuts.
  • Kamala (Kanchana Devi Segeran) — Rakan Puteri kaum India. Dia dikenali dengan kesalahan peggunaan bahasa Melayu, seperti tersalah faham erti peribahasa atau simpulan bahasa yang diujar kawan-kawannya. Kamala muncul sebagai watak utama sejak musim pertama. Dia juga turut berkongsi tempat kerja dengan Puteri sejak musim pertama sehingga kini.
  • Nadia (Intan Ladyana) — Gadis Singapura yang merupakan anak saudara Pak Badar ini dilihat sebagai bengis dan kurang bermoral. Selain itu dia kerap syak wasangka terhadap orang lain membuat kesalahan tanpa menyiasat terlebih dahulu. Nadia sering merebut dengan puteri untuk menarik perhatian Roslan. Nadia muncul sebagai watak utama sejak musim ke-4.
  • Roslan (Beego) — Penolong kepada Pak Badar yang tinggal sebumbung dengan majikannya dan ketiga-tiga wanita muda ini. Dia sering direbut oleh Puteri dan Nadia untuk dijadikan teman lelaki.
  • Pak Badar (A.R. Badul) — Tuan punya rumah yang diduduki Puteri dan kawan-kawannya. Meskipun tegas dalam memastikan disiplin dan ketenteraman rumah tangganya, namun dia juga seorang yang pengasih dan bertimbang rasa. Dia juga beberapa kali mengambil tindakan terhadap orang lain atas kesalahan tanpa usul periksa.
  • Lilian (Louisa Chong) — Isteri Pak Badar yang pengasih terhadap Puteri dan kawan-kawannya dan juga prihatin terhadap suaminya dan perhubungan antara mereka berdua. Seperti pada musim ini dia tengah mengandung dengan anak sulungnya.


BEKAS WATAK UTAMA



Siti Fazurina



Awal Ashaari


  • Anita (Siti Fazurina) — Bekas teman sekerja dan sebumbung Puteri dan Kamala pada dua musim terawal. Kini dia menetap di Johor Bahru. Dia boleh disaksikan dalam Dunia Anita.
  • Soosan (Melissa Tong) — Gadis Cina yang mengambil alih tempat Anita sebelum Nadia.
  • Helmi (Awal Ashaari) — Seorang jejaka kacak yang muncul pada musim ke-4.Helmi cintakan Puteri dan inginkan dia tetapi Roslan yang juga sukakan Puteri cuba halang Helmi.

DRAMA PUTERI BAKAL KE LAYAR PERAK TANPA NORA DANISH





Kalau seseorang selebriti itu ada terlibat dengan kontroversi yang agak besar begini, memang wajah dia sahajalah yang akan muncul di media cetak & elektronik.
Kini giliran Nora Danish yang hari ini muncul di Utusan Malaysia menjelaskan untuk kesekian kali kedudukan beliau dalam kontroversi yang melanda.
Satu ayat keluar dari mulut Nora Danish menyatakan ada ura-ura yang Aziz M.Osman berminat untuk membawa drama sitkom Puteri ke layar perak.
Drama sitkom Puteri yang berlangsung selama 10 musim adalah siri drama yang betul-betul membawa nama Nora Danish naik dalam persada seni.
Malangnya, Aziz M.Osman sudah sedia memaklumkan kepada Nora Danish yang beliau tidak lagi sesuai dengan watak Puteri kerana sudah berkahwin & mempunyai anak.



ANTARA FILEM YANG DIBINTANGI NORA DANISH



"CUTI CUTI CINTA" juga adalah sebuah filem yang pernah dibintangi oleh Nora Danish, dalam filem ini Nora sebagai watak utama iaitu sebagai Eava dan digandingkan dengan Farid Kamil iaitu sebagai Omar Rudy..

Filem Cuti-Cuti Cinta ini adalah sebuah filem yang berkonsepkan komedi cinta dimana ianya sarat dengan adegan komedi serta lawak sinikal yang boleh membuatkan anda terhibur.

Jom baca sinopsis "CUTI CUTI CINTA" Full Movie...



SINOPSIS CUTI CUTI CINTA





Eava Ealiana merupakan seorang pengarah disebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini. Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas. Pekerja-pekerjanya lebih takutkan Eava berbandibng ayahnya. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy. Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah membolot harta Tan Sri Zaini.





Suatu hari Eava terserempak dengan Remy yang sedang bermesra bersama seorang wanita. Eava marah, lalu menumbuk Remy dan terus berlalu. Kecewa dengan tindakan Remy, Eava memandu keretanya tanpa tujuan lain, hanya semata-mata ingin melarikan diri daripada Remy dan masalah yang dihadapinya. Dia terus memandu sehingga sampai di sebuah hotel di tepi pantai. Setelah membuat tempahan, Eava masuk ke bilik tetapi tidak berpuas hati dengan keadaan bilik hotel itu. Dia memanggil pengurus hotel itu, En. mahmod dan memberi komen terhadap berberapa perkara. En. Mahmood mengarahkan pekerjanya, Fausrina dan Maliqurrahman melakukan perkara-perkara yang di komen oleh Eava. Walaupun sudah dibetulkan, Eava masih tidak berpuas hati dan terus memberi komen. En. Mahmood yang tidak tahan dengan bebelan Eava turun ke kaunter. Omar Rudy seoarang lagi pekerja yang menawarkan dirinya untuk memuaskan hati Eava. Eava menyuruh Omar Rudy membuat apa sahaja mengikut suaka hatinya dan Omar hanaya membuat tanpa membantah. Akhirnya Eava berpuas hati dengan biliknya itu.






Esoknya, Eavamemandu keretanya mengelilingi kawasan hotel. Eava sampai di sebuah kampung nelayan dan ternampak Omar rudy, Fausrina, Maliq dan Kris Dayana di dalam bot sedang besiap-siap sedang bersiap-siap untuk pergi ke laut. Eava bertanya apa yang mereka buat dan mereka hanya memberitahu Eava mereka tinggal di kampung dan menjadi nelayan membantu bapanya selain dari bekerja di hotel tersebut. Eava seperti menyindir Omar Rudy dengan mengatakan mereka terpaksa melakikukan dua kerja untuk mencari makan. Eava juga memperkecilkan kerja nelayang kerana menurut Eava, kerja nelayan adalah satu kerja yang mudah kerana tidak perlu berfikir jika dibandingkan dengan kerjanya sebagai pengarah syarikat. Omar Rudy mencabar Eava mengikutnya pergi ke laut menangkap ikan. Eava bersetuju. Maka mereka pun pergi ke laut untuk menangkap ikan dan Eava mengalami berbagai-bagai kesukaran dan berlaku berbagai-bagai perkara lucu. Sejak hari itu, banyak lagi kejadian yang berlaku akibat pertentangan gaya hidup dan pemikiran dua golongan ini. Eava masih lagi dengan sikap berkeras hati dan sentiasa mencari jalan mengenakan Omar Rudy dan kawan-kawanya.





Suatu hari Eava memberitahu En. Mahmood yang dia perlukan seorang untuk mengiringinya semasa berada di hotel itu. En. Mahmood bersetuju. Eava mahukan Omar Rudy menjadi pengiringnya. Ini menimbulkan kemarahan kawan-kawannya. Fausrina mula sedar yang Omar Rudy seperti sukakan Eava walaupun Omar tidak menyatakannya. Fausrina dalam diam sukakan Omar Rudy tetapi kerana persahabatan mereka yang akrab dia menyembunyikan perasaannya. Fausrina mula cemburukan Omar Rudy dan Eava. En. Mahmood menyedari perubahan Fausrina itu lalu menyuruh Fausrina memberitahu tentang isi hatinya tetapi dia tidak mahu. Dalam masa yang sama En. Mahmood sukakan Kris Dayana tetapi malu untuk menyatakannya.

Sementara itu di Kuala Lumpur, ibu bapa Eava dan Remy sibuk mencari Eava. Setelah mereka mengetahui dimana Eava berada. Mereka segera pergi ke hotel tersebut. Tiba di hotel tersebut, En. Mahmood memberitah mereka, Eava dan Omar Rudy pergi ke lautdan jika mereka ingin mengetahui lebih lanjut, mereka harus berjumpa ibu bapa Omar Rudy. Mereka pergi ke kampung nelayan dan berjumpa dengan ibu bapa Omar Rudy . Eava dan Omar Rudy berjalan-jalan mengelilingi pulau-pulau yang ada di sekitar itu dengan menaiki bot. Tiba-tiba di tengah laut, bot mereka rosak.








Oleh kerana cuaca tidak elok dan angin yang kuat, tiba-tiba bot mereka dipukul ombak yang kuat, rosak dan terdampar di sebuah pulau yang tiada orang. Omar Rudy hubungi Kris tetapi Kris memberitahu bantuan hanya akan sampai esok kerana cuaca tidak elok. Jadi mereka hanya menunggu sampai hari esok.remy bertambah geram dan mula menyalahkan semua orang dab Tan Sri Zaini dan Puan Sri malu dengan sikap Remy. Di pulau itu, mulut Eava hanya membebel menyalahkan Omar Rudy tetapi Omar tetap bersabar. Omar Rudy mula mencari makanan, membuat tempat untuk mereka berteduh tetapi Eava tetap membebel kerana terpaksa makan dan bermalam di situ. Apa yang Eava pelik mengenai sikap Omar Rudy yang tenang. Dapatkah Omar Rudy melembutkan hati Eava Eliana, dan dapatkah Fausrina, Kris Dayana dam Maliqqurahman menerima Eava? Kesudahannya terjawab di dalam Cuti-cuti Cinta…


Antara barisan pelakon Cuti Cuti Cinta



Filem Cuti-Cuti Cinta arahan Ahmad Idham dengan menampilkan Farid Kamil dan Nora Danish sebagai pelakon utama. Selain itu, pelakon lain yang turut membintangi filem Cuti-Cuti Cinta ini adalah ahli kumpulan The Fabulous Cats (Cat Farish, Adeep, Wangi & Zizie AF7), Zed Zaidi dan juga Zaibo.

Nak tahu lebih lanjut, kenalah tonton filem ni..Hee..

Thursday, 6 December 2012

Assalamualaikum...Have a nice day everyone..




Lets find out about Nora Danish..













Her full name was Nora Binti Mohd Danish Hanif, she was born on  7 March 1982 in Kuala Terengganu..She was educated at Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Kajang, Selangor where she graduated with SPM..She was involved in modelling and advertising..She's became popular when she starred in the sitcom Puteri in the title role along with Beego..





Nora Danish wedding..












Nora Danish was once married to Rizal Ashram Ramli Toh Younger son of the President of the Parliament of Malaysia, Tan Sri Ramli Ngah Talib..They were married on June 20, 2006 and divorced in July 2008..Revenue Nora Danish marriage blessed with a baby boy Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram...


  Antara beberapa Filem dan Drama yang Nora bintangi adalah..

  • Puteri as Puteri Fara Bte Nordin
  • Pendekar 5 as Tun Fatimah
  • Sumpah Bunian as Siti Hawa
  • Tiga Serumah Season 1 and 2
  • Putera Katak as Tina
  • Arjuna as Cempaka
  • Senario: Pemburu Emas Yamashita as Dr. Lisa [filem]
  • Gila-Gila Pengantin Popular as Mala [filem]
  • Jangan Pandang Belakang Congkak 2 [filem]
  • Cuti Cuti Cinta as Eeva [filem]               




Nora Danish recently enact new film titled "AKU TERIMA NIKAHNYA"


      

SINOPSIS AKU TERIMA NIKAHNYA






Aku Terima Nikahnya mengisahkan perjalanan cinta tragis antara Johan dan Arlisa. Selepas diijabkabulkan, mereka menjalani kehidupan yang begitu bahagia kerana masing-masing dipertemukan atas dasar cinta yang mendalam. Namun ajal maut, jodoh dan takdir itu di tangan Tuhan apabila pasangan romantis ini dilanda dugaan terbesar dalam hidup mereka.










Johan terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkannya mengalami Selective Amnesia (lupa ingatan) selepas kepalanya terhantuk kuat. Apabila sedar daripada koma, Johan hanya ingat kisah hidupnya hingga tarikh sambutan majlis hari jadinya yang ke-31 yang ketika itu dia belum lagi bertemu isterinya, Arlisa.







Kesannya, Johan tidak mengenali Arlisa dan bermulalah konflik antara mereka. Bayangkan, Johan tidak mampu menerima Arlisa walaupun isterinya berusaha memulihkan ingatannya dengan pelbagai cara termasuk membawanya ke tempat yang pernah mereka pergi bersama, lokasi perkahwinan dan tempat pertama kali mereka bertemu.







Lama berusaha, Johan masih kekal sama, mengetepikannya dan mula tertarik kepada sahabat baik Arlisa sendiri, Suriya lakonan Mon Ryanti. Arlisa mula berputus asa dan mengambil keputusan untuk melepaskan dirinya.



Namun kuasa Tuhan tiada siapa dapat menduga, kemelut yang melanda tidak berpanjangan dan doa Arlisa akhirnya terjawab.




 
Bagi siapa yang belum mengikuti perjalanan cerita "AKU TERIMA NIKAHNYA" so kena cepat-cepat la watching this movie yaa..Actually aku pun belum tengok lagi..hehe....