Puteri ialah sebuah siri sitkom yang diterbitkan oleh Ace Motion Pictures. Siri arahan Aziz M. Osman ini disiarkan di TV3 setiap hari Rabu jam 10:00 malam. Siri televisyen ini berasaskan filem Puteri Impian dan Puteri Impian yang juga arahan Aziz.
Sitkom puteri mengisahkan tentang tiga wanita muda sekawan menyewa bilik dalam sebuah rumah sepasangan orang berada. Kehidupan mereka berlima penuh diwarnai dengan keceriaan dan kejutan, namun mereka bersama-sama menghadapi situasi dan cabaran yang paling ketat bagaikan tidak pernah dialami.
- Puteri Farah bt Nordin (Nora Danish) — Watak utama dan yang "paling jelita" dalam siri ini. Sungguhpun kelihatan lebih senyap dan lemah lembut berbanding watak-watak lain, namun dia juga ada pendirian tersendiri. Dia sering terjebak di tengah masalah mereka dan sentiasa mencari jalan penyelesaian. Puteri sering cuba memastikan jalinan erat dengan Roslan. Pada musim-musim terawal dia pernah bekerja di sebuah kilang; kini dia bekerja di kedai Dunkin' Donuts.
- Kamala (Kanchana Devi Segeran) — Rakan Puteri kaum India. Dia dikenali dengan kesalahan peggunaan bahasa Melayu, seperti tersalah faham erti peribahasa atau simpulan bahasa yang diujar kawan-kawannya. Kamala muncul sebagai watak utama sejak musim pertama. Dia juga turut berkongsi tempat kerja dengan Puteri sejak musim pertama sehingga kini.
- Nadia (Intan Ladyana) — Gadis Singapura yang merupakan anak saudara Pak Badar ini dilihat sebagai bengis dan kurang bermoral. Selain itu dia kerap syak wasangka terhadap orang lain membuat kesalahan tanpa menyiasat terlebih dahulu. Nadia sering merebut dengan puteri untuk menarik perhatian Roslan. Nadia muncul sebagai watak utama sejak musim ke-4.
- Roslan (Beego) — Penolong kepada Pak Badar yang tinggal sebumbung dengan majikannya dan ketiga-tiga wanita muda ini. Dia sering direbut oleh Puteri dan Nadia untuk dijadikan teman lelaki.
- Pak Badar (A.R. Badul) — Tuan punya rumah yang diduduki Puteri dan kawan-kawannya. Meskipun tegas dalam memastikan disiplin dan ketenteraman rumah tangganya, namun dia juga seorang yang pengasih dan bertimbang rasa. Dia juga beberapa kali mengambil tindakan terhadap orang lain atas kesalahan tanpa usul periksa.
- Lilian (Louisa Chong) — Isteri Pak Badar yang pengasih terhadap Puteri dan kawan-kawannya dan juga prihatin terhadap suaminya dan perhubungan antara mereka berdua. Seperti pada musim ini dia tengah mengandung dengan anak sulungnya.
BEKAS WATAK UTAMA
Siti Fazurina
Awal Ashaari
- Anita (Siti Fazurina) — Bekas teman sekerja dan sebumbung Puteri dan Kamala pada dua musim terawal. Kini dia menetap di Johor Bahru. Dia boleh disaksikan dalam Dunia Anita.
- Soosan (Melissa Tong) — Gadis Cina yang mengambil alih tempat Anita sebelum Nadia.
- Helmi (Awal Ashaari) — Seorang jejaka kacak yang muncul pada musim ke-4.Helmi cintakan Puteri dan inginkan dia tetapi Roslan yang juga sukakan Puteri cuba halang Helmi.
DRAMA PUTERI BAKAL KE LAYAR PERAK TANPA NORA DANISH
Kalau seseorang selebriti itu ada terlibat dengan kontroversi yang agak besar begini, memang wajah dia sahajalah yang akan muncul di media cetak & elektronik.
Kini giliran Nora Danish yang hari ini muncul di Utusan Malaysia menjelaskan untuk kesekian kali kedudukan beliau dalam kontroversi yang melanda.
Satu ayat keluar dari mulut Nora Danish menyatakan ada ura-ura yang Aziz M.Osman berminat untuk membawa drama sitkom Puteri ke layar perak.
Drama sitkom Puteri yang berlangsung selama 10 musim adalah siri drama yang betul-betul membawa nama Nora Danish naik dalam persada seni.
Malangnya, Aziz M.Osman sudah sedia memaklumkan kepada Nora Danish yang beliau tidak lagi sesuai dengan watak Puteri kerana sudah berkahwin & mempunyai anak.
No comments:
Post a Comment